Dugaan......
Salam….
Sesungguhnya kita memang sentiasa diuji… Terkadang kita alpa dengan nikmat yang telah diberi Dia.. Apabila Dia memberi ujian..kita kembali kepada-Nya. Ya ALLAH…. Tabahkan dan kuatkanlah hati ini dalam menempuh ujian-Mu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” Al – Baqarah : 216
Tiada siapa yang mahu kecewa. Kadangkala walau bagaimana kita berusaha sekalipun, dia tetap pergi. Mungkin ini ingatan dari-Nya. Betapa aku terlalu tegar mengejar cinta manusia hinggakan terlupa cinta-Nya yang maha agung. Ya Allah..aku berdosa kepadaMu. Sedangkan Kau tidak pernah mengecewakanku. Kau memahami segala kehendakku. Kau Maha Mengetahui. Kenapakah cinta manusia juga yang aku kejar??
Aku tahu ujian ini setimpal dengan kemampuanku. Aku redha dengan ketentuanNya. Aku tahu di sebalik penderitaan terselit kebahagiaan. Aku berdoa agar aku kuat menempuhi cabaran dan tidak sekali – kali melupakanNya.
Semua orang melalakukan kesilapan..Namun tidak adil jika tidak diberi peluang kedua. Aku bersyukur kerana Allah menyayangiku dan segera membuat aku sedar dengan kealpaanku..Alhamdulillah…..
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini membawa sinar baru kepadaku. Orang yang Berjaya ialah orang yang mampu bangun dari kegagalannya. Aku tak ingin sesiapa dan tak membenarkan sesiapa pun merosakkan masa depan aku. Aku tidak akan tunduk kepada manusia. Aku akan jadi lebih kuat dan lebih matang dalam kehidupan. Itu janji aku.Ya Allah..berilah aku kesempatan untuk menunaikan janjiku….kerana aku benci orang yang memungkiri janji….

1 Comments:
At 2:41 AM, Anonymous said…
terkadang kita terlupa..cinta Allah adlh sgalanya..lebih indah dari cinta manusia yg membawa bhagia sketika cuma...
Post a Comment
<< Home