Love and friendship
Friendship and love….
Semalam saya berkesempatan untuk menyegar semula memori.. mengimbas pahit manis ketika di alam sekolah menengah. Sebelum saya bersekolah di SESERI, saya berhutang budi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, Kuantan. Sekolah yang banyak mengajar saya erti hidup, persahabatan dan tidak kurang juga menyimpul duka di dalamnya. Saya bersyukur dalam tempoh lebih 18 tahun hidup di atas muka bumi ini, banyak pengalaman dikutip. Sebagai insan biasa, saya terkadang terlupa. Bukan terlupa mungkin, tapi terlepas pandang.
Ya…sahabat sesungguhnya memberi kita pelbagai memori. Mengajar kedewasaan.. Manakala cinta mengajar erti rindu dan kecewa.. Apabila kita kecewa dengan cinta, sahabat sentiasa ada.. Menanti dan menyokong tanpa kompromi. Ketika kita dilanda hujan..mahupun kita sedang melayari kebahagiaan…
Hmmm..mungkin ada yang terfikir saya sekarang dilanda kekecewaan..mungkin ya.. mungkin tidak.. Namun, apa yang saya boleh katakan… saya terlepas pandang.. Terlepas pandang dari memori semalam kerana ghairah mengejar hari esok…
Di suatu ketika, saya terfikir, adakah berbaloi apa yang saya kejarkan? Kerana terkadang (mungkin acapkali) yang dikejar itu amat menyakitkan. Saya terlalu menghargai yang tak terkejar sehingga terlepas pandang untuk menghargai apa yang telah kita kecapi.
Perjalanan ke tempat jatuh bangun saya dulu ternyata mengusik perasaan. Bumi Kuantan menyimpan seribu satu memori.
Bolehlah disimpulkan, apabila kita digamit memori lalu, cuba berfikir sejenak dan renungkan… Adakah apa yang dikejar hari ini benar – benar perlu untuk kita? Saya akan terus berfikir dan berfikir… Harap – haraplah saya belum tawar hati.. Jika tidak agak mustahil untuk saya membuka kmbali pintu hati saya…
Masa yang singkat..terlalu singkat.. mengimbas kembali masa lalu.. Gelak ketawa hari itu akan jadi kenangan.. “EASY”====== jgn pernah lupa gelaran kita…
Sedikit gambar ketika berpeluang berkumpul semula dengan kawan – kawan lama. Saya sangat2 sayangkan mereka…. Masing2 dengan hala tuju masing2.. Apapun, saya sentiasa doakan kebahagiaan mereka… Amin… Miss u very much…
0 Comments:
Post a Comment
<< Home