Orkid Melayu

Salam... Sekadar ingin berkongsi pandangan... pengalaman dan minat... "Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya" Komen..amat dialu - alukan dan dihargai...

July 11, 2006

Result dah kuar!! Huhu~

Wargh!!!!

Result dah kuar... Alhamdulillah..Dean's list walaupn tak semua A. Oh.. memang agak terkilan tapi takpelar. Baru permulaan. Lagipun masa 1st sem memang tak fokus. Ye lar dah la mula belajar sebelum result SPM keluar. Tambahan pula, persekitaran baru.. 2 tahun belajar di sekolah perempuan..asrama penuh pula tu.. penuh dengan peraturan. Jadi, bila dah melangkah ke dunia baru, jadi sedikit teruja.. Sangat2 teruja terutamanya 2 minggu pertama semester baru.. Alhamdulillah.. Ada rakan baik menegur.. Terima kasih Nabiki! Kalau tak, saya tak tahu jadi apa sekarang ni.. Lagi teruk kot.. Huhu~

Takpelah.. Semester baru ni saya nak mulakan resolusi baru. Yurp.. orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesilapan. Saya akan buat post mortem kemudian buat strategi baru. Huhu.
Harap - haraplah lebih berjaya. Sem depan lebih mencabar.. Bukan sebab belajar pelajaran baru tapi persekitaran dan emosi.. Dahla satu bilik dengan Deal [Sori Dila!] pulak tu satu rumah dengan satu geng yang gila - gila [termasuk saya].. Hurm.. nampak gayanya macam berpesta tiap - tiap malam dalam rumah tu.. Jangan sampai kena warning macam dulu sudahlah.. Bakal housemate saya, Lana, Dila, Intan, Maria [ada gitar], Rin, Malinda [ada tv], dan siapa ntah lagi.. Tak sure sangat.. Tapi dah book la..

Tapi itulah kehidupan.. [Cewah!!] Kita tak boleh nak menjangka apa yang bakal terjadi esok tapi itu tak bermakna kita tak boleh bersedia..Apapun saya berdoa agar Allah permudahkan jalan di hadapan saya dan tabahkan hati ni...

Buat kawan-kawan UTP yang mendapat keputusan cemerlang.. TAHNIAH..Bagi mereka yang kurang berjaya..takpe.. PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NoDerivs 2.5 License.