Orkid Melayu

Salam... Sekadar ingin berkongsi pandangan... pengalaman dan minat... "Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya" Komen..amat dialu - alukan dan dihargai...

July 11, 2006

POSITVE THINKER

“Insan yang berjaya ialah insan yang berjaya menjadikan hari ini lebih baik dari semalam”

Yurp… Saya sangat – sangat setuju. Mendaki kejayaan perlukan usaha yang utuh dan konsisten. Sesekali pastinya kita terjatuh. Tapi itu bukan bermakna kita gagal. Maknanya kita diberi peluang untuk bngun semula.

Hari ini saya mengenang kembali suka duka jatuh bangun saya sepanjang hidup di dunia ini. Kadangkala terlintas di fikiran, adakah segala yang saya pilih pada hari ini benar untuk masa esok? Dan terfikir apa yang akan terjadi jika saya memilih jalan lain.

Optimis..itu sahaja kata kunci saya menghadapi masa – masa mendatang yang bakal tiba. Saya tidak sempurna tetapi saya sentiasa mencuba dan terus mencuba untuk melakukan yang terbaik.. Ya..saya insan biasa. Terlalu banyak kesilapan yang telah saya lakukan sama ada sedar atau tidak..

“Kita tidak boleh puaskan hati semua orang” Itulah kata – kata Achiq yang saya ingat ketika saya berasa gagal memenuhi kehendak orang. Ya..mungkin betul kata- kata seorang sahabat yang mengatakan saya terlalu menjaga hati orang.. Entahlah..

Hurm..Setiap orang mempunyai rahsia kan?? Kadangkala bukan sengaja kita merahsiakan sesuatu tetapi mungkin rahsia itu sendiri amat memeritkan untuk dikenang.. Ya.. saya memang agak suka berahsia. Terutama tentang soal hati dan perasaan. Lebih banyak kita mengenali seseorang, baru kita sedar makin banyak yang kita tidak tahu. Peluang saya menjadi pembimbing rakan sebaya di sekolah dahulu menjadikan saya lebih matang dan menghargai hidup.. Banyak pengalaman yang berguna.

Jadi, marilah kita sama – sama mengharungi zaman remaja yang penuh warna. Berfikiran positif sentiasa dan tenang.. InsyaAllah, kita akan berjaya.

P/S : Positive thinker.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NoDerivs 2.5 License.