Orkid Melayu

Salam... Sekadar ingin berkongsi pandangan... pengalaman dan minat... "Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya" Komen..amat dialu - alukan dan dihargai...

July 09, 2006

2 HARI YANG SIBUK...

Salam..
Akhirnya, dapat jua bernafas... dan duduk di depan monitor ni..
Sabtu dan Ahad memang hari yang agak sibuk.. Sebenarnya, baru tadi selesai kenduri kesyukuran yang dah lama niat nak buat tapi asyik tergendala jer.. Alhamdulillah..kenduri tadi berjalan lancar.. Ramai yang datang.. Cuma..agak sedih sebab takde langsung kawan yang datang.. Huhu. Bukan apa..saya memang takde kawan di JB [sedih kan bunyinya?].. Ye lar.. Sebelum ni tinggal di Kuantan, kemudian pindah ke JB.. Tak sempat nak kenal jalan kat JB, dapat tawaran sek di KL plak.. Sekarang..di Perak.. Wah..cam nomad jer..Hahaha.

Hari ini saya ''sipi2'' kehilangan handset kesayangan saya.. Ok. Begini ceritanya.. Saya tertinggal hp dekat ruangan famili di rumah saya.. Kalut sangat sebab melayan tetamu yang datang.. Mereka datang *bersanggah [singgah sekejap dekat rumah lain untuk mekap n pakai baju pengantin sebelum ke rumah pengantin. Selalunya pengantin lelaki akan berjalan dari rumah tu ke rumah pengantin perempuan dengan iringan kompang].

Kemudian, barulah perasan.. hp saya!! Puas mencari dan menelefon.. Saya baru teringat yang saya hanya letak vibrate untuk ringtone.. Saya memang kaget masa tu.. Pulak tu ruangan famili dipenuhi orang asing yang sedang sibuk menyiapkan pengantin lelaki. Dan.. saya memang langsung tak kenal mereka.. Saya dah terbayang.. Sah. Hp saya dicuri.. Jadi, saya tetap mengiringi pengantin tadi ke rumah jiran saya. Dalam kepala, sudah terbayang.. No.2 kawan2 dan yang penting yang akan hilang.. Saya terfikir saya akan mengikat perut dan berjimat setiap sen yang saya ada selepas ini.. Huhu.
Famili saya memang sudah sedia maklum dengan perangai clumsy dan careless saya ni.. [Lagipun, sebelum ni kamera, hp,jam crocodile saya n mcm2 lagi pernah hilang].

Jadi, saya makan nasi minyak dengan betapa tidak seleranya.. Dahlah mamat kat depan asyik pandang.. Rasa macam nak tenyeh nasi tu kat mata dia. Haha. Kemudian,ayah dengan ringan mulutnya bertanya dengan kawan pengantin lelaki

Ayah : Dik, ada terambil tak hp dekat rumah pakcik tadi?
Mamat 1 : Ada2.. Hp biasa kan? [Ha..obviously..hp aku tak pelik ok] Ada kat mamat 2..
Mamat 2 : Oh..pakcik punya ker. Poket saya penuh dengan hp ni. Main kutip jer. Ingat kitaorg punya
Aku: Alhamdulillah.. [Agak menjerit lah masa tu]
Mama : Ni lar tuan punya hp ni. Nak menangis dah dia ni [Aik?? Bila masa lar mama mencelah.. Ni sengaja nak memalukan aku depan mamat2 hensem ni]
Mamat 2 : Ala2 cyannya.. [Dengan gaya manja..agak cairlah masa tu. Aha]
Aku : Mana ada nangis. Belum lagi taw. Terima kasih taw [ Cakap sambil muncungkan mulut..Hahahaha]

Lega.....Alhamdulillah.. Lepas ni nak salin semua no dalm sim kad tu. Just in case of emergency..

Selepas maghrib, ada kenduri kesyukuran sempena kejayaan saya dalam SPM dan berjaya menempatkan diri UTP. Banyak perkara kena buat.. lebih2 lagi sudah bergelar anak dara. Tapi sangat seronok sebab dapat kumpul ramai2.. Ada buat tahlil dan bacaan yasin tapi sangat2 terkilan sebab tak dapat join [ faham2lar..perempuan..once in a month].

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NoDerivs 2.5 License.