Orkid Melayu

Salam... Sekadar ingin berkongsi pandangan... pengalaman dan minat... "Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya" Komen..amat dialu - alukan dan dihargai...

July 01, 2006

Perkahwinan di Johor

Salam…

Hari ini..Sabtu…Agak berbeza sebab sume ada kat umah… Hari ni ada kerja kawen kat Kota Tinggi… Sedara saya gak…Huhu. Sedara saya kebanyakan dalam Johor gak.. Kerja kawen kat Johor mmg agak unik sikit.. Sebenarnya, takdelar banyak sgt perbezaan tpi.. Pengalaman merantau kat negeri orang mbuatkan saya rasa tradisi pkahwinan di Johor paling meriah..

Bagi sesiapa yang mmg peka…mesti taw pasal kntroversi tentang adat ‘tol’ yang diamalkan di Johor… Adat ini atau juga dikenali adat menebus pelamin, rumah, dan halaman.. Selalunya, ‘tol’ ni dibuat kat 3 tempat…kat halaman rumah, kat pintu masuk n lastly kat pelamin.. Apa yang boleh saya katakan, adapt ini hanya sekadar suka – suka jer. No offence. Bagi orang luar [pengantin lelaki yg berasal dari negeri lain] pasti merasakan adat ni agak pelik… Bagi saya, inilah memeriahkan majlis.. Selalunya, lapisan pertama dipenuhi oleh budak2 kecik.. Lapisan ke2, mak2 bdak, ke3, nenek2 bdak..Hahaha.
Last sekali, mak andam…yang tu paling tinggi tol nyer…

Jadi, tips kepada org luar…sediakan angpaw. Sikit2 pon takpe.. Jgn berasa hati jika disindir.. Sekadar suka2.. Hahaha. Lepas ni jgnler takut nak bkahwin dgn gadis johor…

Saya mmg paling enjoy ketika kerja kawen. Selalunya, 2-3 hari sblum majlis blangsung, kami akan adakan ‘rewang’ [majlis gotong – royong]. Seronok.. masa nilah kter nak kenal sedara – mara.. Anak2 dara biasalah..diusik.. Huhu. Hari sebelum bsanding..biasanya diadakan majlis khatam al-quran oleh pengantin perempuan… Hurm..adat ni agak jarang diamalkan, tapi sbnrnya agak bagus…menunjukkan persiapan pengantin bukan sahaja lahiriah tpi juga spiritual.. Majlis ini selalunya dihadiri sedara – mara dan jiran2 dekat yang sudah lama btandang di rumah untuk rewang.. Malam itu, atau pagi sebelum bersanding, akan diadakan majlis berinai kecil. Ketika ini, pengantin perempuan bsanding sorang2..Ambik gambar.. Dan pakai inai.. Majlis ni untuk keluarga belah perempuan yg rapat.. Penting.. ye lar lepas ni si gadis jadi milik orang lain…

Kemudian, majlis blangsung sperti biasa… Orang2 yang tolong di majlis perkahwinan digelar penanggah.. Saya paling suka mberi bunga telur.. Pasti ada yang menegur.. “Anak siapa ni? Dah jadi anak dara dah..” Haha. Kdgkala pertanyaan yang boleh mka btukar jadi merah “Anak ……. ni bler lagi?” Memang lawak…

Lagi stu yg unik di Johor ialah telur… Telur yang diberi kepada tetamu dipanggil telur pindang.. Pernah rasa?? Ala..telur yang berwarna kehitaman di luarnya.. Macam telur herba cina.. Telur ni mmg selalunya khas untuk kerja kahwin.. Dimasak dengan ulam2 dan herba… Sedap dan tahan lebih lama… Mungkin orang luar akan rasa pelik sedikit. Selain tu, tuan rumah beri nasi berkat kepada tetamu…atau digelar ‘brontot’oleh orang jawa. Sebab tu lar kerja kahwin di Johor dikatakan lebih tinggi… Bayangkan jemputan seramai 1000 orang, jadi kene sediakan makanan sebanyak 2000 orang.. untuk diberi kpd tetamu untuk dibawa pulang..

Sebenarnya, kerja kawen mmg amat2 seronok.. Hahaha. Ha..lagi satu, pengantin lelaki selalunya akan ‘dibuli’ pada malam pengantin.. Dia kena cuci periuk..Huhu. Tapi rasanya skrg tak sgt kot… coz skang kan guna catering…
Bagi yang berduit, majlis kahwin diiringi dengan psembahan ghazal atau zapin.. Ni semua untuk memeriahkan suasana..

Tapi, honestly, skrg, keseronokan kian pudar seiring kemodenan.. Ye lar, sepatutnya majlis khatam, diganti dengan sesi karaoke atau joget lambak…Betul.. tak salah.. tapi apa salahnya majlis kahwin diiringi dengan perkara keagamaan..tanda syukur… Hmm..ntahlar… mungkin itu jugalah sebab kebanyakan institusi kekeluargaan runtuh…

Huhu. Panjang bcerita tentang kawen.. Hahaha. Tadi saya baru jer cakap dengan mama, yang saya kalau boleh, seboleh- bolehnya nak kawen dgn org yg tua…Hahaha. Saya mbayangkan saya berumur 28 thn, kahwin dgn lelaki berusia 40 tahun ke atas.. Ntahlar.. Amin… Saya mmg bminat kepada orang yg lebih tua.. Tapi apapun biarlah sesuai dan beriman.. Owh.. don’t get me wrong.. not necessary org tu kene kaya… Hahaha. Mama n famili semua kata “Geli jer”…Hahaha. Hurm..ada tak sesiapa yang nak rekemen pakcik2 yang belum berkahwin atau duda atau ayah yang duda??? Hik3…

1 Comments:

  • At 2:47 AM, Anonymous Anonymous said…

    salam..em sya suke dgr cite psl org kawin2 ni terutama neg.johor sb sy pn org johor..skg ni nga byk org xpuas ati psl 'tol' tu..tp sy xsuke diorg kutuk2 psl 'tol' tu..'tol' tu da lme ujud jd bt pe nk mrh.bg llki yg xske 'tol' tu jgnla kwin ngn gdis johor ye..

     

Post a Comment

<< Home

 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NoDerivs 2.5 License.