GADIS BERKURUNG BIRU II
Salam...
Ini ialah karya saya yang seterusnya... Sambungan dari GADIS BERKURUNG BIRU... Enjoylar karya yg tak seberapa nie...
Memandang ke arah kaki langit. Merah. Tenang. Camar – camar terbang beriringan kembali ke sarang masing – masing. Seluas isi bumi…semua tunduk pada percaturan Ilahi. Indah sungguh bumi misteri ini. Bumi Langkawi yang menjadi saksi kepada legenda cinta agung.
Airani masih kaku di situ. Berdiri di atas batu – batuan besar. Sesekali percikan ombak membasahkan dirinya. Namun tidak sesekali menyejukkan kehangatan rindunya. Dia masih di situ. Berdiri kaku.
“Rindu hadiah cinta” solah – olah terngiang – ngiang di telinganya kalimah keramat itu.
Ah…ingatannya kepada memori silam semakin menebal. Seolah – olah dia berada dekat di bumi ini. Dia mengeluh berat. Keluh kesah menjadi irama sepinya kini. Entah mengapa dirinya terbawa untuk meminggirkan diri di daerah indah ini.
Yusri…..lapan tahun sudah berlalu. Hatinya solah – olah dipasung. Terpasung mungkin..Tiba – tiba cepu otaknya ligat memutar kembali peristiwa minggu lalu. Peristiwa yang meragut harapannya. Peristiwa yang mendorongnya menyepikan diri di sini. Perkhabaran bahawa hatinya gagal berfungsi dirasakan seperti suatu tamparan yang maha hebat kepada dirinya. Perkhabaran bahawa tiada hati yang sesuai untuknya menambah derita.
Masihkah ada esok bagi diriku? Bisik hati kecil Airani. Sekali lagi hembusan nafas berbaur hiba dilepaskan.
“Astaghfirullahal’azim..” Airani tersentak sambil mengucap panjang.Dilihatnya jam tangan Crocodile hadiah ayah kesayangan yang melilit tangannya. Hampir – hampir dirinya alpa menunaikan kewajipan sebagai penghuni sementara bumi fana ini. Lekas – lekas dia berlari pulang ke hotelnya.
“Assalamualaikum warahmatullah...,”lafaznya memberi salam terakhir.
Tiba – tiba angin hiba mememenuhi ruang dada. Di tikar sembahyang itu, teresak – esak dia menghamburkan mutiara jernih dari atma matanya. Betapa dia insaf. Betapa dia rindu. Betapa dia rasa kesepian. Perkhabaran lalu diterimanya pasrah. Tentu ada hikmah di sebaliknya. Namun, mengapa rasa yang sudah lama hilang kini bertandang? Adakah ini bermakna masih ada cinta yang tersisa?
Keesokan harinya, ketika mentari tegak di kepala, Airani keluar dari kurungan yang diciptanya sendiri. Dia berjalan menuju ke pekan koboi, pekan Kuah. Tanpa tujuan. Tanpa ditemani makna.
Pemandangan dari jauh beberapa potret bergantungan di suatu sudut pasar menggamit tumpuannya. Hatinya tiba – tiba menjadi sayu. Degupan jantung semakin kerusuhan.
Pandangan atma matanya terhenti pada suatu potret wanita yang amat dikenalinya. Potret wanita yang termenung dihiasi tubir mata yang sarat seribu makna amat dikenalinya. Wanita itu ialah Airani. Ya, wanita itu ialah dia. Adakah ini potret yang ditunjukkan kepadanya 10 tahun lalu? Bezanya potret di hadapannya dihiasi warna.
Degupan jantungnya terhenti seketika. Kelopak matanya menakung hujan mutiara.
Apakah ini sebabnya aku diganggu mimpi serupa? Adakah ini yang mengganggu jiwaku? Mengusik memoriku? Asakan soalan demi soalan memenuhi ruang benaknya.
Air matanya tidak tertahan lagi. Matanya meliar memandang sudut kanan paling bawah potret itu. Tercatat “Gadis Berkurng Biru”. Akhirnya satu demi satu butiran jernih membasahi pipinya yang mulus itu.
Kedengaran deruan nafas dan derapan langkah di belakangnya. Pemuda itu menyapanya. “Tertarik dengan potret itu, saudari?”
Tiada suara menyahut persolan pemuda itu. Hening seketika. Suara itu amat dikenalinya. Suara itu amat dirinduinya
“Cuba lihat matanya. Seribu makna bersemadi di dalamnya. Wajahnya menenangkan malah mendamaikan.Itulah karya tehebat saya. Ramai yang bertanya Sayangnya saudari, potret itu bukan untuk dijual,”tambah pemuda itu lagi tanpa disuruh.
Potret wanita yang sedang memegang buku merenung ke langit masih ditatap mereka. Kedua – keduanya seolah – olah tenggelam dibawa arus kenangan.
“Boleh saya tolong saudari?,”Tanya pemuda itu memecah kesunyian. Hanya kedengaran siulan beburung yang menari bebas di angkasa.
Perasaan janggal mulai melingkari pemuda itu melihatkan gadis di hadapannya tidak berganjak sedari tadi. Malah soalannya tidak bersambut.
Semahu – mahunya Airani tidak mahu bertentang mata dengannya. Sebaik – baiknya dia tidak mahu berhadapan dengannya. Kini dia harus berhadapan realiti. Realiti yang membahagiakan atau menyeksakan? Akhirnya Airani berpaling setelah tangisnya reda. Atma matanya masih berkaca.
Mata bertemu mata. Seolah – olah timbul kuasa ajaib yang membawa mereka kembali pada lapan tahun dahulu. Ketika itu, Airani dan Yusri hangat dilamun cinta. Namun, masing – masing gagal menginterpretasikan gelojak jiwa mereka ketika itu. Terbentang batu penghalang memisahkan. Walau tanpa lafaz kata, atas nama cinta, jiwa mereka menyatu. Masih segar di ingatan, pada malam bersejarah itu – Malam Bakat. Yusri menarik tangan Airani yang menjadi urus setia bagi majlis itu ke belakang pentas. Ketika itu, para pelajar lain sibuk membuat persiapan terakhir sebelum melakukan persembahan. Ada yang sedang membetulkan mekap. Ada yang berlatih vokal. Malah ada yang sedang menari – nari.
“Saya cintakan awak Airani” Bersinar – sinar mata Yusri ketika melafazkan kata – kata keramat itu. Sepanjang hidupnya belum pernah dia meluncurkan kalimat itu walaupun sudah beberapa kali dia bercinta.
“Gila” Airani menarik tangannya dan ingin segera beredar. Terlalu banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan. Dia tidak mahu dituduh curi tulang. Namun, tangannya ditarik semula. Kasar.
“Sakitlah. Apa yang awak nak?”
“Saya nak dengar dari awak”
“Dengar apa?”
“Pengakuan yang awak juga merasa apa yang saya rasa”
Rona wajah Airani berubah. Kemerah-merahan menahan malu. Dia terdiam. Masing – masing merenung ke dalam mata masing – masing. Airani cepat – cepat menarik tangannya dan terus beredar sambil menjelirkan lidah. Yusri hanya tersenyum. Dia gagal.
“Selamat malam. Lagu ini saya cipta khas untuk gadis berkurung biru di sana.”
Semua mata memandang ke arahnya. Airani hanya terrtunduk malu. Ikatan dua jiwa dalam dunia berbeza. Airani merupakan pengawas malah pelajar harapan sedangkan Yusri ialah pelajar yang mencipta pelbagai masalah disiplin di sekolah.
“Terimalah, Rindu Hadiah Cinta”
“Pelangi di embun mentari, kabus di hujung sinar
Kasih di lembayung mimpi, cinta di abadi hati
Rindu itu milik kita
Hadiah sebuah percintaan
Kelam kasih berbaur curiga
Suci hati berbunga baja
Rindu hadiah cinta
Sebuah kisah suka nan duka
Sayang,
Romantis tiada penghujung
Gersang madah kunjung tiba
Madah percintaan seiring rintangan
Kekasih,
Cinta itu kita miliki
Dengan kesetiaan berpanah ketulusan
Terima….kita sama menerima
Rindu…hadiah cinta”
Puisi yang indah sambil diiringi petikan gitar yang merdu menjadikan hadirin terpegun. Saat itu merupakan saat yang terindah dalam hidupnya. Tidak terlintas di fikiran akan jalan yang bakal mereka lalui.
Embun kasih yang menyegarkan cinta mereka kering akibat kemarau yang tidak diundang. Kesilapan masa lampau Yusri mengakibatkan dia dibuang sekolah. Lantas membunuh cinta yang mekar itu.
Yusri kembali bersuara. “Airani…..”Lidahnya menjadi kelu. Kemanakah hilangnya kata – kata yang dia gubah sepanjang lapan tahun ini jika bertemu? Airani tersentak dari lamunannya. Dia berundur beberapa langkah ke belakang dan terus berlalu tanpa menoleh lagi.
“Ya Allah, inikah ujian terhadap hamba – Mu yang lemah ini?” hatinya melolong. Batinnya menjerit kesedihan. Ya, masih ada cinta tersisa di kedua – dua hati. Airani pasti. Namun, Airani tidak pasti, adakah dia punyai masa untuk mencambah cintanya? Masihkah punya harapan untuk mengakhiri hubungan mereka dengan ikatan suci. Airani gelisah. Dia tidak tahu jawapannya.
Pada waktu yang sama, Yusri terkesima melihat tindakan gadis berkurung birunya itu. Mengapa harus dia pergi ? Berbunga hati Yusri apabila bertemu semula dengan Airani. Renungan Airani menusuk sukmanya. Terlakar derita pada pandangan gadis yang dirinduinya itu. Masih ada cinta dalam dirinya. Namun, dia tidak bisa menyakiti gadis itu sekali lagi. Cukuplah sekali dahulu. Tidak sanggup dia merenggut kebahagiaan gadis itu.
“Biarlah masa dan takdir menentukan,” bisik Yusri kepada dirinya sendiri.
Yusri berpegang kepada kata – kata pujangga yang pernah dibacanya dahulu.
“Walau sekuat mana sayang kau pada seseorang itu, relakan pemergiannya. Andai kata dia kembali padamu, sesungguhnya takdir telah menentukan dia untuk kau. Tapi, andai kata dia tidak kembali, maka redhalah, ketentuan takdir dia bukan milikmu sejak dari dulu lagi”
Ya ALLAH…Kau restuilah hubungan ini. Ya ALLAH, aku memohon pada – Mu agar Airani ialah gadis yang diciptakan untukku. Amin…. Doa Yusri dalam hati.
Basah pipi Airani diairi air matanya. Dengan rendah hati dia menadah tangan memohon petunjuk dari – Nya. Dia akur dengan ketentuan – Nya. Benar, tugasnya sebagai doktor bukanlah jaminan bahawa dia tidak dihinggap penyakit. Malah ketenangan wajahnya bukanlah penentu ketenangan dunia percintaannya.
Pagi – pagi lagi Airani sudah terpacak di kedai seni milik Yusri. Solekannya nipis sahaja namun mampu menaikkan seri wajahnya. Dia melepaskan rambut panjangnya melepasi bahu. Dia tampak lebih ayu apabila mengenakan busana kurung sutera berwarna biru lembut. Warna kegemarannya. Juga warna pakaian pengawasnya, 8 tahun lalu.
Yusri terkesima melihat kehadirannya. Hari itu Yusri menutup galeri seninya untuk menghabiskan masa bersama gadis yang dirinduinya.
“Indah sungguh pemandangan di sini”
“Tiada yang lebih indah dari berada di sisimu sayang”
Airani tersenyum. Manis. Rona merah menjalari wajahnya.
“ Yusri, jika ada rindu yang bersisa di hati. Jika ada kasih terikat di sukma. Sudilah kiranya jika saya mencambahkannya. Berjanjilah. Demi kasih kita. Awak tidak akan meninggalkan saya lagi”
“ Sebetulnya saya amat tergila – gilakan awak. Setiap langkah jauhnya awak dari sisi abang, semakin dekat ingatan abang terhadap awak. Abang tidak mahu berjanji sayang. Tetapi abang akan membuktikan sucinya cinta abang dengan ikatan yang sah. Abang mahu sayang menjadi penyeri hidup abang” Yusri senang membahasakan dirinya abang. Seolah – olah terikat satu jalinan kuat antara mereka.
Airani terdiam. Sekali lagi rona merah menjalari seluruh wajahnya. Adakah ini berita gembira? Airani keliru. Airani takut dia tidak sempat menjadikan impian satu kenyataan namun dia juga tidak mampu menolaknya. Tidak mampu menipu dirinya. Dia ingin mengecapi sedikit kebahagiaan sebelum meninggalkan alam ini.
“ Walaupun saya mungkin akan menghampakan abang. Mungkin saya menghidapi sebarang penyakit yang memusnahkan diri dan abang sekali”
Yusri tersenyum.
“Penderitaanmu adalah penderitaan abang juga. Abang sanggup hadapi segala kemungkinan Namun abang tidak sanggup kehilanganmu sekali lagi. Ini tanda cinta abang. Insya – Allah tidak lama lagi kita akan diikat dengan sah. Itu janji abang”
Yusri lantas menyarungkan cincin platinum berpermata satu di jari runcingnya. Airani mengalirkan air mata kegembiraan.
“Ini hanya tanda cinta abang. Abang akan melamarmu, sayang”
Yusri mengambil gitarnya.
“Masih ingat Rindu Hadiah Cinta”
“ Mana boleh lupa. Lagu tu menghantui hidup saya” ujar Airani.
Yusri menyanyikan lagu bersejarah itu di hadapan Airani. Masih merdu. Seperti dulu. Pantai Cenang menyaksikan dua jiwa bersatu kembali.
Singgah di benak Airani…Bagaimana ingin menyatakan kepadanya bahawa dia mempunyai masalah kesihatan. Masalah yang bukan kecil……
Airani tekad. Dia punyai hak untuk dicintai. Mencintai orang yang turut mencintainya merupakan impiannya sejak azali lagi.
************************************************************************
Akhirnya dua jiwa bersatu dalam ikatan suci.
Ya Allah, peliharalah kasih kami. Berkatilah ikatan kami dengan berkat – Mu. Doa Airani. Setiap nafasnya berbunga harapan. Setiap saat pasti tidak akan dipersia – siakannya. Semoga keajaiban cinta tercipta. Harapannya berbunga agar hatinya berfungsi normal seiring kehidupannya yang semakin bercahaya.
Tidak sukar merahsiakan penderitaannya. Pekerjaannya sebagai doktor memudahkannya mengambil suplemen dan ubat dalam dos yang diperlukan. Namun begitu, Airani tetap tertanya sampai bilakah dia mampu bertahan.
Epilog cinta mereka diserikan dengan percutian bulan madu di Pulau Langkawi. Pulau legenda yang menjadi saksi pertautan semula dua hati. Itu adalah kehendak Airani.Bukan tidak mampu melayarkan musim bulan madunya di luar Negara. Namun, biarlah pulau itu sekali lagi menjadi saksi episod romantis mereka berdua.
“Sampai bilalah agaknya kisah manis kita akan berakhir?” ujar Airani berlatarbelakangkan bunyi deruan enjin feri kecil yang disewa mereka.
“Kenapa sayang cakap macam tu? Kita berdoa agar dipanjangkan jodoh kita”
Indah sungguh hari itu. Mereka dibawa mengelilingi pulau –pulau kecil di sekeliling pulau Langkawi. Pemandangan bukit – bukit di sebuah pulau yang membentuk seperti orang yang sedang mengandung terbaring mempesonakan mereka. Burung –burung helang yang bebas berterbangan menambah seri hari mereka.
Tidak lama selepas itu, mereka tiba di Pulau Dayang Bunting. Pulau Langkawi memang sarat dengan legenda. Lebih romantis, legenda yang abadi di bumi pulau Langkawi adalah legenda cinta agung.
“Sayang tidak mahu ke minum air ni.? Orang kata kalau minum air ni, dengan izin Allah akan dikurniakan anak”
Airani tersenyum manis. Tahulah dia bahawa tinggi harapan lelaki di hadapannya untuk bergelar ayah.
“Apa kata kalau kita sama – sama minum air ni. Sebab…dua – dua pun berperanan untuk menghasilkan anak” belum sempat Airani menghabiskan ayatnya, Yusri telah menggeletek pinggangnya. Mereka ketawa bersama – sama.
“Ala bang jom lah minum air ni sama – sama. Mana tau kalau air ni beracun, kita boleh mati sama- sama. Tidaklah saya seorang je” Airani memuncungkan bibirnya. Sengaja memanjakan suaranya.
Akhirnya mereka berdua minum air itu. Sekadar suka – suka..
Sekembalinya dari musim bulan madu mereka, Yusri sering diserang sakit kepala. Sehinggakan dia menarik – narik rambutnya sendiri menahan kesakitan. Airani amat risaukan keadaan suaminya yang tersayang. Diserang migrain ..itulah yang menyedapkan hatinya..
Namun, keadaan Yusri bertambah buruk. Sehinggakan selera makannya terjejas. Badan Yusri kelihatan susut. Perniagaan lukisannya terhenti begitu sahaja.
“Kak, saya rasa kita patut berbincang tentang keadaan suami akak”kata rakannya yang bertugas sebagai neurologis.
“Fine. Tapi keadaan suami akak ok kan Shira?”
“Beginilah, baik saya terangkan. Saya pasti akak tentu sudah faham dan jelas”
“Tolong beritahu. What’s wrong with my hubby?” Riak wajah Shira tidak menggambarkan berita baik. Dan dia sebagai seorang doktor juga amat faham dengan riak wajah itu.
“Suami akak menghidapi kanser otak”
“Astaghfirullahal’azim..” terduduk dia mendengar perkhabaran derita itu. Baru tadi dia menerima berita gembira. Kini, berita malang menghinggapinya. Apa ertinya berita gembira itu jika suaminya derita?
Dia arif. Dia tahu akan kanser. Sel – sel yang bermutasi tanpa kawalan dengan kejam menjejaskan otak suaminya. Kanser otak. Harapan untuk pulih amat tipis. Pembedahan akan menjejaskan otaknya. Tinggi risiko. Manakala rawatan kemoterapi tidak mampu membunuh sel – sel kanser. Lebih – lebih lagi otak dilindungi oleh tempurung kepala yang keras dan tebal. Malah kemoterapi menjejaskan sel – sel seluruh tubuh suaminya. Ya Allah hebatnya dugaan ini..
“Abang, saya ada dua berita. Satu berita gembira. Satu lagi berita buruk”
“Abang nak dengar yang gembira dulu”
“Baik, tapi berita gembira ini akan tenggelam dek berita duka… Saya disahkan mengandung 3 bulan”
“Alhamdulillah..Bersyukur ke hadrat Ilahi. Semua ini kurniaan – Nya” khabar itu disambut dengan tawa riang dan air mata kegembiraan Yusri. Airani tidak pernah melihat senyuman sebahagia itu.
“Abang dengarlah dulu. Sebenarnya ada dua khabar duka” ada getar di hujung suaranya. Air matanya mengalir laju. Tidak sanggup dia membunuh senyuman bahagia suaminya itu.
“Abang, pada hari ini juga abang disahkan menghidapi kanser otak. Peringkat pertengahan. Masih belum terlambat namun risikonya amat tinggi” terhenti percakapannya. Bahunya terhinggut – hinggut menahan kesedihan yang amat sangat. Belum puas dia menikmati bahagia.
Wajah Yusri kelihatan amat tenang. Dia mengusap – usap rambut isteri tercintanya
“Kalau begini takdirnya, biarlah kita sama – sama tempuhinya. Paling penting bayi dalam kandungan sayang selamat”
Airani menggeleng – gelengkan kepalanya. “Tidak bang…Ada satu lagi khabar duka. Airani minta maaf kerana selama ini Airani menyembunyikan dari abang. Airani tidak bermaksud langsung. Maafkan Airani” teresak – esak Airani menghabiskan kata – katanya. Dia terus menyandarkan kepalanya di dada suaminya.
“ Airani juga ada masalah kesihatan. Sebahagian hati Airani rosak teruk. Hanya satu je jalan. Melalui pendermaan organ. Namun sehingga kini tiada yang sesuai. Airani bimbang akan menjejaskan bayi kita. Memang Airani mampu melahirkan bayi kita dengan selamat. Namun, selepas kelahiran bayi kita, keseluruhan hati Airani akan rosak teruk. Hanya sedikit masa untuk melakukan pembedahan pemindahan hati. Namun, belum tentu akan dapat yang sesuai. Dan mungkin Airani akan pergi selama – lamanya.”
Erat pelukan Airani terhadap Yusri. Sebentar sahaja mereka mengecapi bahagia.
Airani tekad meneruskan kandungannya walaupun berbahaya buat dirinya. Biarlah dia bergantung kepada ubat – ubatan seperti suaminya. Dia dapat merasakan bahawa kesakitan yang dialami suaminya berlipat ganda berbanding dirinya. Nasib mereka umpama sudah jatuh ditimpa tangga namun dia tetap pasrah menerima ketentuan Ilahi.
“Abang, ni Airani datang dengan baby kita. Baru tadi saya pergi scan. Alhamdulillah..baby kita sihat bang. Kita maybe dapat baby boy. Sebab tu la dia suka sangat tendang. Nampaknya abang menang. Dulu kan kita pernah bergaduh. Airani nak anak perempuan dulu tapi abang nak lelaki dulu. Kata abang, baby boy boleh jaga Airani”
Sayu suara Airani di sisi suami yang sudah beberapa hari tidak sedarkan diri. Pilu sungguh melihat keadaan suaminya. Kulit menjadi kehitaman. Muka semakin cengkung. Rambut semakin menipis. Semua itu kesan kemoterapi. Dia menggenggam tangan suaminya. Kuku suaminya membiru. Kemudian dia meletakkan tangan suaminya di perutnya yang memboyot itu. Tinggal kira- kira dua bulan untuk melahirkan anak mereka.
Kanser suaminya merebak ke dalam darah pula. Kejamnya sel – sel kanser itu. Tidakkah dia kasihan melihat dirinya? Berilah peluang kepada bayi yang akan dilahirkannya untuk menatap wajah ayahnya. Rayu hati kecil Airani.
Di suatu sudut kelihatan ibu Airani mengesat air matanya. Tabah sungguh hati anak dan menantunya. Tidak sanggup dia melihat penderitaan mereka. Malah dia berdoa agar penderitaan itu digalas kepadanya. Tidak sampai hati melihat anaknya menderita.
“Kak, anak akak ni lelaki. Alhamdulillah…dia sihat. Sempurna” ujar Syuhada rakannya yang juga rakan seperjuangan Airani.
Airani tersenyum nipis. Pucat wajahnya akibat kehilangan banyak darah. Dia mencium dahi anak yang baru dilahirkannya.
“Syuhada tolong bawa Amer Hazreq kepada suami saya. Biar dia yang iqamatkan” Amer Hazreq merupakan nama yang telah mereka berdua persetujui jika anak yang dilahirkan ialah lelaki.
Berubah wajah Syuhada mendengar permintaan rakannya itu.
“Baiklah”
“Ibu, tolong bawa saya ke tempat Yusri. Dah lama rasanya saya tak tengok muka dia. Macam mana keadaannya ibu? Dia sihat tak? Ada tak dia cakap apa – apa masa Dr. Syuhada bawakan Amer Hazreq kepadanya?”
“Jangan risau nak. Yusri ok je. Dia nak Airani berehat dulu. Tidur dulu ye sayang. Airani penat tu”
Tidak lama kemudian Airani terlena. Ibunya memandang Airani hiba. Apalah nasib yang bakal ditempuhinya selepas ini.
“Ibu, ibu.. Cepat bawa saya kat Yusri. Saya rasa tak sedap hati ni. Tolong ibu”
Apabila Airani sedar dari lenanya yang singkat, dia terus bangun ingin keluar dari bilik rawatannya. Ibunya tidak menegah. Airani dibantu oleh kerusi roda. Keadaannya terlalu lemah.
“Ibu, kenapa Yusri ditutup dengan selimut hingga ke kepala. Kenapa semua alat bantuan rawatan dicabut? Mana doktor? Mana boleh begini..Tolong…” Airani tidak dapat menerima kenyataan. Keadaan menjadi kecoh.
“Airani sayang, Yusri dah tinggalkan kita sejurus selepas Airani dimasukkan wad bersalin. Ayah yang iqamatkan anak kamu”
Airani longlai. Bagaimanakah nasib anaknya nanti? Dunia seolah – olah hilang di pandangan matanya.
Perlahan – lahan dia bangun dan membuka selimut yang menutupi wajah suaminya. Dikucupnya dahi suaminya. Direnungnya dalam – dalam wajah itu. Tenang. Dibisikkan ke telinga suaminya.
“Airani sayangkan abang selama – lamanya. Tunggu Airani dan anak kita di pintu syurga ye”
Suasana di dalam bilik rawatan khas yang didiami Yusri hamper lima bulan dirudung duka. Keluarga sebelah Airani dan Yusri teresak – esak menahan hiba. Malah doktor dan jururawat -jururawat turut dibasahi air mata. Betapa mereka menyaksikan kisah cinta suci penuh duka.
“Kak Airani, saya minta maaf. Ini ada pesanan dari arwah suami akak. Dia ingin mendermakan organ – organ dalamannya. Jadi saya ingin meminta persetujuan akak. Saya tahu masa ini tak sesuai tapi..”
“Takpe Shira, akak faham prosedurnya. Akak juga doktor” Lantas dia menandatangani dokumen kebenaran pendermaan organ.
“Akak, ada satu berita gembira. Kemungkinan besar akak akan dapat hati yang sesuai. Kami dah jalankan ujian terhadap suami puan. Keputusannya, hati suami puan sesuai dengan puan. Insya – Allah kita akan menjalankan pembedahan secepat mungkin”
Air mata masih mengalir di pipi Airani. Indahnya pengorbananmu suamiku. Abang, hati abang akan bersemadi dalam jasad Airani. Biarlah kita kongsi kebahagiaan membesarkan Amer Hazreq. Biarlah memori gadis berkurung biru kekal terpahat di sanubari mereka..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home