Orkid Melayu

Salam... Sekadar ingin berkongsi pandangan... pengalaman dan minat... "Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya" Komen..amat dialu - alukan dan dihargai...

December 29, 2006

Teman Sejati

Setiap kali aku menoleh ke belakang

Mencari-cari titik punca keretakan
Ku sedari tak wajar dipersalahkan

Dirimu yang kian ketandusan perasaan

Sesungguhnya yang tersilap diriku sendiri

Menaruh harapan padamu terlalu tinggi
Sangkaku orang memberi kita berbahasa
Tak terlintas susu disaji dibalas tuba

Setiap pengorbanan, setiap pemberian
Ku lakukan untukmu penuh ketulusan
Tiada yang diharap selain kejujuran

Bila diri dikecewai sungguh aku terkilan

Sememangnya bukan engkau bukan dia

Penilaianku dulu dikelabui mata

Namun ku temui hikmah di sebalik tragedi

Hanya teman sejatiku kekal di sisi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NoDerivs 2.5 License.