Orkid Melayu

Salam... Sekadar ingin berkongsi pandangan... pengalaman dan minat... "Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya" Komen..amat dialu - alukan dan dihargai...

January 22, 2007

Hari Pertama sbg Pelajar Undergraduate :)

Permulaan Baru!!

Alhamdulillah..Aku diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan kehidupan walaupun ujian yang datang seakan – akan bertubi2. Ya.. setiap ujian terselit kebahagiaan. Alhamdulillah..setinggi2 syukur kepada Ilahi kerana Dia menepati janjiNya.

Terus-terang, aku memang tidak dapat bayangkan menjalani semester baru dengan keadaan seperti ini. Sunguh2 aku katakan, aku memang tidak mahu pulang dan ingin lari. Lari sejauh2nya.. Namun begitu, saat aku menjejakkan kaki di sini, aku amat2 bersyukur kerana dikurniakan kawan2 yang amat2 memahami dan menerima aku seadanya. Ya..aku pernah terlupa akibat dikelabui mata oleh janji2 manis dan kebahagiaan yang amat sementara. Aku obsess hingga lupa segalanya.

Alhamdulillah..Allah memberi petunjuk. Ya..insan itu tidak layak menerima kasih dan perhatian aku..sebagaimana kawan2 aku beritahu. Ya..aku sangat lemah ketika disakiti keseorangan tapi kini aku kuat. Kuat dengan rakan2 dan kehidupan baruku ini yang ternyata belum mengecewakan aku. Aku juga bersyukur kerana dikurniakan famili yang amat menyayangiku walaupun aku pernah melukai perasaan mereka akibat terlalu buta menyayangi insan itu.

Sesungguhnya..pengalaman ini amat mematangkan aku. Aku berterima kasih kepada insan itu kerana memberi aku pengajaran yang tidak mungkin aku perolehi dari mana2 buku. Pengalaman dihina dan dikecewakan benar2 terkesan di jiwaku. Tidak pernah aku dilayan sebegini. Tapi itulah pengajaran. Aku berjanji akan mencurahkan sayangku pada insan yang turut menyayangiku. Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku. Semua ini ada hikmah..Ada hikmah… Kadangkala kita jadi bodoh akibat terlalu sayangkan seseorang…Seperti yang terjadi padaku. Aku akan belajar menyayangi diriku dan insan di sekelilingku.

Insan dilahirkan dengan sifat yang unik. Ada insan yang memang tidak menyedari melukai insan lain dan berterusan mengambil kesempatan. Ada insan yang sanggup memberi walaupun memakan diri sendiri. Aku tidak salahkan sesiapa. Salahku jua..sayang membabi buta.. Dan mungkin salahku juga..terlalu mengambil berat sehingga disalah tafsir.. Tapi, yang pasti, aku tidak akan berhenti mengasihi dan mengambil berat kerana itulah sifatku.

Hari ini, hari pertama kehidupanku sebagai pelajar undergraduate. Agak pening kerana masih kurang pasti tentang jadual. Yang pasti, banyak masa terluang untuk semester ini. Ye!!! Hari ini, Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar. Aku gembira bersama kwn2.. Lana, Dila, Intan -- aku ucapkan banyak2 terima kasih kerana membuka mataku. Jika tidak, aku masih lemah dan bergantung kepada insan itu. Rakan2 lain, biarlah perkara sebenar menjadi rahsia..namun aku berterima kasih kerana menyokongku. Ijoy…Haahahaah. Insan yang kembali rapat denganku.. Terima kasih kerana menceriakan aku. Aku memang rapat dengan dia..selaju ajak ke sana – sini.. ramai lagi rakan sepertinya.. Adakah itu bermaksud I admire him more??? Hahaha. Aku hargai dia sebagai seorang sahabat. Kadang kala aku ketawa memikirkan pemikiran cetek sesetengah insane yang beranggapan jika rakan yang berlawanan jantina mengambil berat tentangnya, maka rakan itu menyimpan perasaan terhadapnya.Aku hargai setiap persahabatan. Tak kira siapa. Menerima tanpa mengadili. Itulah yang aku pelajari selama ini.

Kami berempat menjadi lebih rapat. Sangat rapat. Salahku meninggalkan mereka. Sangkaku dulu aku mampu beroleh kedua2nya.. Terima kasih kawan2 ku. Tak kira di mana mereka berada. Pengalaman pertamaku ini amat mengecewakan. Namun, masih ada yang manis untuk dikenang. Tidak..aku tidak akan membencinya.. Aku ikhlas dan redha dengan setiap perbuatannya.

Aku bahagia sekarang. Tidak berbaloi membazirkan air mata kepada insan yang tiada perasaan. Biarlah insan itu berasa tidak bersalah dan berasa diriku kejam. Tapi biarlah..kebenaran akan terungkai jua. Buat pertama kali dalam hidupku, aku dibuang dan tidak dihargai. Satu masa aku terlalu berasa rendah diri akibat dia. Namun, aku tak akan sia – siakan potensi diriku. Aku akan bangun dan menggapai impianku. Aku tidak akan benarkan sesiapa memusnahkan aku. Aku redha dengan setiap yang berlaku. Aku akan sentiasa doakan kebahagiaannya. Aku percaya dengan Allah yang Maha Adil.

Kepada insan itu, terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana pernah membahagiakanku dan menyakiti aku. Terima kasih. Tahniah kerana berjaya melemahkanku. Tapi malangnya hanya untuk sementara. Aku juga memohon maaf kepadamu kerana terpaksa menipumu malam itu. Aku juga punya perasaan dan menjaga egoku yang telah dicalari olehmu.

Aku mendapat pengalaman baru. Ya Allah..aku menadah tangan..berdoa kepadaMu. Aku akui kebesaranMu..Permudahkanlah jalan di hadapanku.. kurniakanlah aku suami yang soleh..anak2 yang soleh dan solehah. Amin..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NoDerivs 2.5 License.