Orkid Melayu

Salam... Sekadar ingin berkongsi pandangan... pengalaman dan minat... "Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya" Komen..amat dialu - alukan dan dihargai...

January 14, 2007

Mimpi

Tak pernah termimpi,
Dari persahabatan lahir sayang,
Hingga alpa siapa diri,
Mekar kasih kukalungkan,
Rantaian keikhlasan kuhampar

Kau bawa diri ini,
Menuju persada bahagia,
Mimpiku hanya kamu,
Kemesraan kau jalinkan,
Dihiasi pahatan janji2,
Namun ternyata hanya palsu..

Warkah luka kau coretkan,
Ke lembah hampa kau ku lontarkan,
Diri memaksa mendustaimu,
Agar kau bahagia sentiasa..tinggalkan diriku,
Walau mungkin kaumembenciku.

Mungkin itulah kehidupan,
Kenangan pasti tidak luntur,
Diri terus diasak persoalan..
Mengapa kau menganyam janji jika sekadar untuk mendustai?

Kaulah pertama membahagiakanku,
Juga pertama mengecewakanku,
Tidak pernah kusalahkan dirimu,
Yang ketandusan perasaan
Silapku diri sendiri,
Mencintaimu sepenuh hati..

Usahlah risau diri ini,
Hatiku tahu kurawat sendiri,
Ku doakan dirimu bahagia sentiasa,
Hingga ditemukan cinta yang kau damba....


Nukilan asli,
Ct_orkid
2.20am
14 Jan 07

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NoDerivs 2.5 License.