Orkid Melayu

Salam... Sekadar ingin berkongsi pandangan... pengalaman dan minat... "Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya" Komen..amat dialu - alukan dan dihargai...

January 18, 2007

Rakan Muda Wawasan Desa

Rakan Muda Wawasan Desa




Hai… hari Sabtu, 9 Disember yang lepas, saya mendapat panggilan daripada pihak UTP yang mengatakan bahawa saya terpilih untuk menjadi fasilitator untuk program rakan muda dan saya perlu pulang pada 14hb. Saya terus bersetuju memandangkan saya hampir koma kebosanan di rumah. Tapi, kemudian, saya terfikir semula….saya tidak pernah mendaftar atau memohon untuk mengikuti apa – apa program kecuali Educamp. Itupun saya terpaksa lupakan kerana ada kenduri di rumah. Ruginya… Tapi takpelah… saya selalu mengingatkan diri saya bahawa jika kita melepaskan sesuatu untuk kebaikan, kita akan dapat yang lain lebih bermakna. InsyaAllah….

Jadi, saya pun pulang ke UTP. Tidak sampai seminggu saya di rumah. Saya balik berseorangan dan tidak tahu sesiapun yang turut serta dalam program tersebut.
Disebabkan saya perlu mendaftar dalam jam 8 – 5, maka saya terpaksa mengambil tiket malam dari JB. Saya hanya bertawakal. Semoga segalanya selamat. Namun, sesuatu terjadi apabila tersalah beli tiket. Bas itu tidak lalu UTP tetapi jalan Teluk Intan. Saya sangat sangat takut. Ye la…saya berseorangan.. malam..dan memang tidak tahu perjalanan. Jadi, konduktor bas itu mencadangkan saya untuk turun ke Air Tawar (yang saya langsung tidak tahu lokasinya) dan mengambil bas dari sana. Cuba bayangkan.. Ada ke bas pagi buta (jam 6)? Jadi, saya bertekad untuk mengikut cadangannya tambahan pula dia berjanji untuk menaikkan saya ke bas tersebut. Ketika di Manjung, sudah tiada penumpang di dalam bas. Seorang makcik dengan pandangan yang amat risau bertanya tentang destinasi saya. Ye la.. cuba bayangkan.. seorang gadis…dalam sebuah bas… yang tak tahu ke mana… yang konduktor basnya tahu dia berseorangan… hilang arah… Jadi, cuba bayangkan perasaan saya ketika itu dalam keadaan gelap… Saya seperti mahu menangis…tapi berulang kali berkata pada diri untuk berani. Alhamdulillah.. b ada di UTP.. Jadi, saya diturunkan di Air Tawar. Di depan RHB Bank. (Katanya bas akan berhenti di situ) Sekali lagi saya hilang arah. Lutut terasa lemah. Aku ditinggalkan di tempat asing…gelap…tiada orang di situ… Alhamdulillah ada sebuah kedai mamak di situ yang kebetulan baru dibuka. Bas??? Memang tiada. B menyuruh saya menunggu di situ… Dia mengambil saya dari sana. Perjalanan dari UTP ke sana sekurang – kurangny 45 minit.

Itulah pengalaman yang agak ngeri bagi saya… Apa2 boleh berlaku.. Mungkin ada hikmahnya..

Jadi, di UTP, saya bermalam di v2 untuk sementara sebelum bertolak ke destinasi masing masing. Saya yang sememangnya blur bertambah blur di sana. Tiada rakan yang rapat. Tapi, itu mungkin satu pengalaman yang baru bagi saya. Saya amat optimis. Saya berpeluang mengenali rakan baru. Cuma mereka sekurang – kurangnya mendapat gambaran tentang apa yang bakal kami lalui sedangkan saya, masih blur walaupun taklimat sudah diberi. Menurut mereka, mereka membuat permohonan dan ada yang ditemuduga untuk menyertai program ini. Sedangkan saya.. tiada apa – apa. Jadi,saya membuat anggapan inilah peluang saya dan hanya mengikut…


HARI PERTAMA



Pada hari pendaftaran, saya sudah ketahui destinasi saya – Pengkalan Hulu. Hurm… Terus terang katakan, nama pengkalan hulu tu pun saya tidak pernah dengar. Adui.. Malunya.. Alhamdulillah..saya berkenalan dengan seorang gadis, July Intake, dari Johor Bahru, juga ke Pengklan Hulu… dan juga berseorangan… Alhamdulillah… ada juga geng.. Jadi kami dijangkan bertolak pada jam 9.30 pagi. Pagi itu saya dan Nadia (geng baru saya) ke USM untuk bersarapan dan kami sempat membeli sedikit cenderamata untuk diberi kepada bakal keluarga angkat kami.

Kami ke Kampar dahulu untuk majlis pembukaan. Saya terasa seperti kera sumbang. Bukan tidak mahu bercampur, namun serius tidak kenal sesiapa kecuali seorang dua yang agak familiar. Tidak mengapa…Satu permulaan.

Di Kompleks Rakan Muda Kampar, barulah saya dapat gambaran yang jelas tentang program ini dan sangat – sangat bersyukur kerana diberi peluang mengikutinya. Rupa – rupanya terdapat 5 buah universiti yang turut serta termasuk UTP. Antaranya, UIAM, UPSI, UITM dan UKM.

Selepas kami diamanahkan kepada kampong masing – masing, kami bertolak ke destinasi masing - masing. Saya diberi gambaran bahawa tempat yang bakal saya pergi ini memanglah kedudukannya agak hulu. Tiada liputan telefon dan bekalan dari air bukit. Tambahan pula, destinasi kami terletak paling jauh jika dibandingkan dengan lokasi lain.

Saya amat bersemangat. Ye la..selama hidup memang tidak pernah merasai kehidupan di kampong walaupun rumah saya bernama kampong tapi memang bukan kampong, malahan terletak di Bandar raya.

Kami tiba di Pengkalan Hulu dalam jam 9 malam. Ketika perjalanan masuk ke kampong itu, suasana sangatlah gelap. Terlalu gelap. Ada suara nakal meminta konduktor bas berpatah balik. Memang menyeramkan. Di wajah masing masing tergambar kerisauan bercampur teruja.

Kemudian, sepanjang perjalanan itu, terdapat ramai belia yang menunggu di tepi jalan. Terlihat juga kumpulan kanak kanak. Hati terdetik, adakah mereka sedang menyambut kami? Bas berhenti. Memang terlalu ramai golongan tua, dewasa, remaja, dan kanak kanak. Semua kelihatan gembira dan masing masing terukir senyuman.

Kami diarahkan untuk turun dan ketua kami berkata, kami perlu mengangkut bagasi kami dan berjalan sejauh 1 km untuk ke balairaya. Masing masing mengeluh. Bayangkanlah betapa kami letih dari pagi tadi. Redha je lah… Jadi, kami berjalan diiringi penduduk kampong. Tidak sampai beberapa langkah, kami disuruh berhenti. Dah sampai. Kurang asamnya Abg Rashdan!! Tiba - tiba terdengar bunyi mercun. Memang terkejut. Apa yang terjadi??? Kemudian saya lihat ke langit.. Cantiknya.. Ya Allah… Terharunya. Sampai begini sambutannya.

Kemudian, saya melihat di dalam balairaya, penduduk kampong sudah memenuhi. Kami seterusnya dijemput masuk ke dalam satu bilik untuk menikmati jamuan. Tiba – tiba mata saya menangkap satu poster yang menulis “Operasi Gajah Liar” Hati mula bertanya adakah benar gajah liar ataupun operasi itu dinamakan gajah liar. Pertanyaan itu saya pendam dalam hati. Ye la…baru sampai ke tempat orang. Kurang manis pula kalau sudah bertanya itu ini.Namun, sudah ada yang bertanya. Maka, menurut kata pakcik tu, memang banyak gajah liar di kawasan hutan di bukit. Hmmm… menarik…

Kemudian, diadakan majlis penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing – masing. Kami diberitahu kali ini sambutan untuk program anak angkat disambut baik oleh penduduk kampong.

Malam itu, saya berbual mesra dengan keluarga angkat. Alhamdulillah. Mereka ada seorang gadis yang muda setahun daripada saya. Ada geng. Hehehe. Keluarga saya agak berumur tapi mereka memang peramah. Saya pada mulanya agak kekok namun bila melihat jiran jirannya juga menyambut baik saya, saya rasa terharu.

Al maklum la saya ni sangat2 la suka naik motor..Jadi, bila diajak oleh Nurul (adik angkat saya) ke majlis berinai sepupunya, saya terus setuju walaupun jam dah menunjukkan pukul 12 malam lebih.

Perjalanan ke sana agak jauh dan sangat2 gelap. Ditemani bunyi2 binatang.. Ya Allah..seramnya… Naik bukit, turun bukit.. Sejuk sangat. Cuma ditemani lampu motor. Tapi terselit perasaan excited. Tenangnya dan indahnya bulan malam tu..

Sampai sana, saya dibawa masuk ke dalam bilik. Wah3.. Pengantin dah siap berinai. Saya pun apa lagi turut berinai. Hahaha. Rasa macam nak kahwin pula.

Tapi yang seronoknya inai saya sangat2 merah walaupun baru kejap je pakai. Rasanya tak sampai sejam. Bak kata orang, kalau inai tu merah pekat maksudnya bakal suami sayang… Hukhuk. (Dalam hati berbunga keriangan sebenarnya)



Malam itu saya tidur mati. Tertanya juga di hati kenapalah di dalam bilik tu takde kipas dan tambahan pula menggunakan toto (alas tidur yang sangat tebal) sebagai selimut. Menurut Nurul, pagi2 sangat sejuk.

HARI KEDUA

Jam 7, Nurul kejut saya dari tidur. Ya Allah…. Sejuknya. Sejuk sangat2. Rasa macam malas nak bangun. Tapi dikuatkan semangat untuk solat subuh. Buka je selimut, saya sudah menggeletar. Serius. Adui…
Pagi2 saya pening2 lalat. Tersalah guna tangga untuk turun. Biarlah. Buat selamba. Hahaha. Kemudian, ambil wudhuk. Sejuknya sampai ke tulang. Tak pernah saya rasa sejuk begini. Kadar getaran di badan saya mendadak naik. Huhu. Bibir saya terketar – ketar. Muka saya pucat.. Ayah angkat tersenyum melihat saya berselubung tuala sambil menggigil menuju ke bilik. Ayah angkat saya kata yang air yang diguna tu air bukit, bukan air paip. Adui. Patut pun sejuk. Macam air batu..Cuma tak beku je..huhu.
Cuba bayangkan macam mana saya mandi pagi tu?? Hehe. Sebenarnya bukan itu sahaja masalahnya. Betapa tak biasanya saya menggunakan tandas luar dan banyak lubang!!! Adui.. Kalau ada yang mengintip macam mana?? Saya mandi dalam kebimbangan, secepat mungkin dengan mata meliar ke arah lubang – lubang tersebut. Tapi, sangat segar. Rasa sengal2 sebab penat semalam hilang serta merta. Rasa bersemangat untuk menjalani program pada hari itu.

Pagi itu, saya bersarapan nasi lemak dan kopi yang sangat pekat. Tak sanggup minum tapi baunya betul2 harum. Menurut ibu, kopi itu dia ambil sendiri, goring, dan kisar sendiri. Amboi…. Satu pengalaman baru. Sempat juga melihat mesin pengisar biji kopi.
Lepas bersarapan, Nurul menghantarku ke balairaya untuk sesi Desaku Syurgaku. Suasana sangat sejuk dan saya terbayang katil..Sedapnya..Hehehe. Pada sesi itu, kami memperkenalkan diri masing – masing. Alamak!! Satu lagi masalah..Saya tak ingat nama ibu bapa angkat saya. Ketika saya diminta menyebut nama mereka, saya beritahu terlupa tapi saya sempat beritahu “Tapi nama adik angkat ingat” Semua dalam dewan itu ketawakan saya… Salah cakap ke??? Muka saya dah berasa panas. Huhu.

Kemudian, sesi bercerita tentang sejarah Kg. Kuak Hulu. Saya duduk paling belakang. Jadi, saya tak dengar apa yang pakcik tu membebel kat depan. Adui. Kat belakang saya sibuk mencari line tapi usaha ternyata sia – sia. Saya gelisah. Hmmm…
Lepas itu, kami berhenti untuk minum pagi. Ye!! Hahaha. Penyeksaan berakhir juga. Saya dengan Nadia duduk di satu sudut, senyap2. Bukan nak jadi kera sumbang tapi memang tak biasa. Saya ni dahla macam tersesat. Ketika fikiran menerawang, seorang lelaki tegur saya. Jadi berbual la.. Seronoknya.. Kemudian ramai pula yang datang kerumun. Saya seorang tapi lelaki ada dalam 5 orang keliling. Nadia hilang. Adeh…takpe2. Tapi memang seronok sebab boleh berbual dengan ketua saya juga. Hehe. Tak2…dia dah berpunya. Teruk juga la diusik. Mentang2la saya jer perempuan. Saya rasa tak selesa. Ye la.. saya ni junior. Mesti kata saya ni flirt..tapi biarlah.. Saya semakin seronok kerana bertambah kenalan tapi rasa kurang selesa sebab ada seorang ni gemar sangat ambil gambar saya… Bukan perasan k… Memang dah terlalu banyak kali.

Lepas itu, kami dibenarkan pulang untuk tukar baju. Kami akan ke kenduri kahwin untuk tolong2 atau dalam bahasa Johor, rewang.

Kawasan di situ agak berbukit..Rakan2 yg lain ada yang telah diberi motor oleh famili angkat mereka. Saya?? Kebetulan ada adik angkat yang muda setahun daripada saya. Jadi, terpaksalah “mengepong” dia. Ishk2. Ada hikmah la tu.

Dalam masa kami dibenarkan pulang, saya terpaksa balik sendiri. Rumah famili saya amatlah dekat dengan balai raya tu tapi saya ada masalah nak mengingati jalan dan rumah. Aduh. Memang masalah. Masing2 rumah berlainan dan agak jauh. Jadi, saya jalan kaki. Aduh..memang tak ingat jalan. Kalau sesat memang tak tahu nak buat apa sebab kat sana memang takde line phone. Langsung. Jadi, saya pun gagahkan diri juga jalan.. Tambah mengeruhkan keadaan, rumah di situ memang agak tak tersusun. Huhu.
Jadi, saya masuklah di satu lorong tu. Salah. Masuk yang lain, mungkin betul. Saya pun menuju ke satu rumah tu. Rasanya macam rumah tu tapi entahlah. Saya jalan nak masuk tapi rasa pelik semacam. Kemudian, dengar budak2 panggil “ Kakak!”

Alamak!! Aku dah tersilap rumah. Adui. Rasa macam nak balik sekarang juga. Malunya!! Tuhan je yang tahu..

Saya sempat la tidur. Penat sangat. Hmm..saya mmg cpat letih. Kemudian, pergi semula ke balai raya. Bertolak ke rumah orang kahwin. Rasa pelik pula sebab kami ni lain dari yang lain. Pakai tracksuit. Takpela. Nak tolong..Sukarelawan namanya. Hehe. Saya agak blur hari tu. Mungkin sebab baru bangun tidur dan letih. Kami dipelawa makan dahulu. Wah2. Satu pengalaman baru. Nasi putih, gulai daging batang pisang (memang batang pisang!!), kerabu, ayam masak merah.

Memang sedap!! Masakan kampong. Saya memang tak lepaskan peluang merasa gulai batang pisang tu. Memang sedap. Rasa macam rebung. Tempat lain memang tak jumpa. Kalau nak rasa juga, kena kahwin dengan orang Kedah. Hahaha. (Tempat saya memang di Perak, tapi dah sempadan Kedah dan Pattani, jadi, gaya hidup memang campur2. Loghat dia pun kadang terdengar macam Kelantan dan Kedah)

Saya tengok memang ramai sangat penanggah. Orang kampong memang gotong – royong.. Tapi kebanyakannya golongan veteran. Saya terfikir, di mana hilangnya golongan muda? Nampak gayanya tradisi ini akan pupus tak lama lagi. Kami menolong apa yang patut. Istimewanya di sini, kawasan dia agak berbukit. Jadi, dulang yang berisi makanan atau dulang yang telah diguna akan di”pas” dari seorang ke seorang. Jadi, memudahkan proses penghidangan. Stu benda yang baru dan unik bagi saya. Penanggah akan berdiri seolah – olah beratur dan pas dulang sampai balai makan. Juga, tempat makan diasing antara lelaki dan perempuan.

Selepas itu, kami bersiap – siap ingin pulang. Tapi, tuan rumah menahan kami. Dia ingin beri bunga telur. Rakan – rakan saya kerumun di situ, memilih bunga telur yang cantik. Saya? Tak larat. Penat. Huhu. Tapi nasib baik la ada cik abang ni bagi bunga telur kat saya. Terima kasih banyak2. Yang lain geram je tengok saya sebab saya dapat yang lawa. Hehe. Jangan marah!!

Kemudian, kami pulang.. Baru berkenalan dengan senior tapi rasa dah mesra. Perangai lelaki memang kelakar. Menurut adik angkat saya, pelajar universiti lain agak serius dan memang dia tak sangka kami segila ini. Hehe.

Waduh2…Petang pula kami kena gotong – royong. Sumbangan untuk kampong itu. Takpe2. Walaupun kami letih sebab tolong tadi, tapi wajah masing – masing terukir senyuman. Seronok berbakti. Lagipun, penduduk kampong memang sangat2 peramah.


Dan…dalam perjalanan ke surau, saya senang2 je diusik oleh abg2 tu. Sabar je la. Pada mulanya saya pegang pengaut longkang…saya ketawakan seorang abg tu yang terpaksa membawa berus jamban. Kebetulan dia pegang dua barang iaitu berus jamban dan penyapu. Jadi, dia minta saya tolong pegang sekejap. Alih2 dia ketawa dan menyuruh saya in charge bersihkan tandas. Ada pula seorang tu terus ambil pengaut longkang tu daripada saya. Ha??? Adoila. Geramnya!! Mereka ketawakan saya!!!
Tapi, saya tidak kisah. Saya jadikan berus tandas tu seolah – olah magic stick. Memang gamatlah saya menyumpah orang. Hahaha.

Kami pun tiba di surau tu. Uzur surau tu. Sangat kotor. Dalam minda masing2 terfikir pukul berapalah baru habis. Tapi takpe, masing – masing berkobar – kobar untuk menyelesaikan misi masing2. Dan lelaki2 idaman Malaya tu buat apa?? Menunjukkan saya arah tandas dan suruh saya membersihkannya. Saya dan Nadia melihat2 kawasan surau itu. Kami masuk ke dalam stor yang terletak di bawah surau tu. Tiba – tiba kami dikejutkan dengan katak yang sangat besar. Saya tidak pernah jumpa katak yang sangat besar tu. Serius. Sangat besar. Seperti orang dewasa menadahkan tangannya. Sangat besar dan gemuk. Saya lihat katak itu nak mengangkat badannya pun tak berdaya. Kami pun mengambil peluang mengambil gambar sebagai kenang – kenangan.



Kami pun teruskan misi membersihkan surau. Khabar gembira!! Pakcik yang menjaga kami mengarahkan kaum hawa untuk hanya bersihkan tingkap manakala kaum adam melakukan kerja2 yang berat termasuklah membersihkan tandas. Hahahaha. Saya melompat kegirangan dan tersenyum sinis kepada mereka. Saya kenakan mereka pula. Padan muka!! Tu la..siapa suruh kenekan saya… Saya tersenyum puas. Maarof memang dah geram melihat saya. Padan muka!!

Setelah selesai, kami dihidangkan dengan minum petang di rumah yang berdekatan dengan surau tersebut. Hidangan istimewa – kopi pekat, teh susu dan biskut kering. Mungkin sangat simple tapi bagi saya, memang seronok ditambah dengan suasana kampong yang saya tak pernah lalui. Bertemankan udara segar, kanak2 berlari, duduk atas pangkin berbual mesra dengan penduduk kampong sambil meriba Qistina memang satu pengalaman yang indah. Nenek menceritakan tentang kopi dan membawa kami melihat pokok kopi… Oh..begini pokok kopi..Saya mula bertanya itu ini. Huhu.

Kemudian pulang semula ke balai raya. Wah!! Balai raya bertambah ceria. Sekarang balai raya itu sudah berubah wajah. Hasil lukisan pelajar2 utp. Hahaha. Wah..bangga bila logo utp terpampang. Selepas itu, kami berlatih dikir barat. Saya agak tidak bersemangat. Adoi. Saya agak penat ketika itu. Mala mini, kami kena beri persembahan. Ye la malam ni malam terakhir.

Malam itu, kami ke masjid untuk sembahyang berjemaah dan baca yasin. Wah!! Dekat masjid tu baru dapat line. Saya berkesempatan untuk call famili saya yang akan bertolak ke Indonesia dan my loved ones. Wah..rindu sangat2 dengan diaorg. Saya seronok sangat tinggal di situ tapi saya tak tahan dengan rasa rindu. Wah..baru berapa hari. Huhu.

Lepas habis solat berjemaah, kami makan beramai – ramai. Wah..hidangannya kurma ayam, ikan masin dan acar. Memang simple tapi bila makan beramai2 memang seronok. Ditambah pula dengan layanan Abg Rashdan (saya memang salute dgn kepimpinan dia n style yang sangat kemas dicampur dengan sifat keanakannya) yang merupakan ketua kami.





Kemudian, kami terus ke balai raya. Mala mini malam terakhir. Ada beberapa pertandingan dan persembahan. Saya yang memang out – going memaksa adik angkat saya, Nurul untuk turut serta dalam pertandingan the tarik. Hahaha. Idea gila. Memang gila. Adik angkat saya memang tak mahu. Saya pujuk dan paksa juga dia. Ye la…peluang ni once in a lifetime. Lagipun, suka2. Apa salahnya?? Memang malulah kat depan tu. Maarof memang dah “puji2”. Haha. Sabar je la. Saya berkesempatan untuk mengambi gambar. Hahaha. Melayan kanak – kanak besar ni yang dah tertarik dengan abg2 utp tu mmg kelakar. Ketika saya sedang menangkap gambar abg Rashdan, Yasin yang menjadi mc terus beritahu bahawa Rashdan sudah berpunya jangan siapa2 nak kacau. Geramnya!! Saya pandang dia. Dia terus tersenyum sinis. Saja je. Mentang2 saya seorang je masa tu ambil gambar dia.


Malam itu, turut ada pertandingan menebar roti canai. Sangat ke;lakar. Macam2 gaya ada. Penduduk kampong, baik yang muda, kanak2 mahupun warga emas memang sporting.
Melabuhkan tirai malam itu, kami mempersembahkan dikir barat kami. Sangat kelakar sebab kami memang tak berapa bersedia. Tapi puasla. Kemudian, budak2 lelaki ni membuat persembahan dengan gitar. Memang best dan kelakar. Dan..sangat poyo!! Memang tak macam pelajar universiti. Adik angkat saya bercerita, dalam banyak2 pelajar universiti yang dating ke kampong itu, yang inilah paling havoc dan ceria walaupun baru berapa hari. Pelajar dari universiti lain seperti USM, UPM dan UM yang pernah bertandang di kampong itu agak serius dan tidak berapa mesra berbanding kami. Memang kelakar. Adik angkat saya terkejut yang kami kebanyakannya baru berkenalan (sekarang pun saya dah lupa nama mereka..maaf).

Keesokannya, kami mengadakan sukaneka di sekolah rendah. Macam2 la acara yang dipertandingkan. Tapi yang pasti memang keanak – anakan la..Hoho. Saya tak kira.. saya nak main semua. Hahahaha. Best2. Saya mendaftar untuk masuk musical chair, lambung kasih, rakit darat dan banyak sangat lagi. Kecuali menganyam ketupat. Saya mmg tak reti anyam. Adoila.

Tapi kan yang sedihnya…satu pun saya tak menang. Huhuhu. Takpe2. Yang penting semangat!! Hehe. Tapi saya enjoy sangat2. Best sangat.

2 Comments:

  • At 8:26 PM, Anonymous Anonymous said…

    Datang le lagi ke Kuak Hulu... rasai kesejukan air bukit...dan udaranya yg nyaman...serta penduduknya yg ramah...

     
  • At 8:27 PM, Anonymous Anonymous said…

    Datanglah lagi ke Kuak Hulu...rasai airnya yg sejuk, udara yang nyaman dan penduduknya yg ramah....

     

Post a Comment

<< Home

 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NoDerivs 2.5 License.