Student's Life
Hari nie..Selasa. Lec bermula dengan Intro to Problem Solving and Programming. Frankly, saya mmg sgt2 tak suka dis subject. Semalam ada lab programming.. Nak taw, sayalah orang paling blur. Taip c language..try compile.. Error.. 10 errors.. Argh!! Tensyennya!! Kena submit dalam beberapa minit tapi saya masih tak siap – siap. End up.. Copy and paste. Hahaha. Sorry.. I have to.. Tiba2 MNI datang (my lecturer).
Dia start lec khas untuk saya.. “Kalau tak faham jgn malu tanya….. blablabla” Isk2. Dia mcm taw2 jer saya mmg tak tahu apa2.
Hari ini, lecture. Jadi, MNI start dgn nasihat ttg teknik study. Dia menembah “I can see a few students who lost in lab. If you have any problem, don’t hesitate to ask. I can know which student is study or not through activities in lab” Damn! Serta merta terasa panas muka ni. Sayalah tu orgnya..hehehe. Saya rasa aktiviti yang saya buat dalam lab ialah..buka friendster. Huhu.
Masa MNI nak stop lec dia.. Dia buat announcement ttg pembatalan second lab. “Oh yes..yes baby” Hati saya berbunga keriangan.
Suddenly..MNI tunjuk kat saya. Saya tak dengar sangat apa yang dia kata tapi seluruh kelas tu pandang saya. Ya ALLAH.. Malunya. Dahlar saya duduk paling belakang, paling tepi kat dinding.. Sengaja. Dengan harapan dia tak aim saya. Yang saya dengar dia kata saya smile all the way bila dgr ttg lab cancellation. Saya terus sembam muka dkt Lana. MALU!! Panas sgt muka nie. Tak taw lar muka nie dah bertukar jadi warna apa dah..Huhu.
Malamnya, ada tutor BI. As usual, 3 dara pingitan nih datang lambat. Entahlah. Kami ni datang lambat tapi dismissed paling awal. Hehe. Teruk kan?? Mcm biasa, ada game. Ada satu sesi ni untuk beri komen ttg essay. Jadi, saya lar yang kne cakap as rep of the group. {Ha..kelas saya nie hanya 2 org je guy..} Tiba2 Miss Chang yang gila2 tu kata “How are you today Siti Nurhaliza?”
Saya tak faham tapi kwn2 terangkan. Saya dengan poyonya ckp “Oh..no..my name is Siti Nur Rahmah..not Siti Nurhaliza”
Saya boleh dengar satu kelas ketawa. Miss Chang pandang saya mcm tu jer. Then saya tambah “But it’s ok. A lot of people get confused between me n Siti” Kawan2 saya yang kat sebelah dah tolak2. Satu kelas ketawa n menjerit2. Hahaha. Perangai saya mcm kat sekolah lama datang balik. Maybe sebab majority dlm kelas tu perempuan kot. Tapi kan seriously.. kenapa Miss Chang tiba2 panggil saya Siti Nurhaliza? Hahaha.
Tapi, hari ni mmg sgt2 enjoyable. Tak taw knaper. Baru first time rasa enjoy kat kelas for this sem. Last sem boleh katakan tiap2 hari enjoy..Hahaha. Kenapalah agaknya tu??
Hurm..dengan bangganya..Esok saya hanya ada satu lec. Dari kol 10 sampai 11. Hahaha. Enjoy!!!!